Monday, February 21, 2005

SAINS KEBAKARAN

SAINS KEBAKARAN


PUNCA BERLAKUNYA KEBAKARAN



“Prevention is better than cure”




ADALAH WAJAR BAGI ANDA MEMAHAMI BAGAIMANA PUNCA BERLAKUNYA KEBAKARAN DAN BAGAIMANA IA TERJADI

.

ADAKAH ANDA DAPAT MENCEGAH SESUATU SEDANGKAN ANDA TIDAK TAHU APA YANG PERLU DICEGAH DAN APAKAH SEBABNYA?
BAGAIMANA SESUATU KEBAKARAN ITU TERJADI?
Kebakaran berlaku apabila punca haba dan bahan api bertindak balas dengan (oksigen) dalam udara dan mencapai takat nyalaan

SEGITIGA KEBAKARANAPI ADALAH KESAN DARIPADA RANGKAIAN TINDAKBALAS DIANTARA HABA + BAHAN API + OKSIGEN
















PUNCA-PUNCA HABA
1. Elektrik
6. Tindak balas kimia
2. Elektrik Statik
7. Mampatan Gas
3. Percikan
8. Haba Nuklear
4. Geseran
9. Petir
5. Haba Mekanikal
10. nyalaan







JENIS-JENIS BAHAN API

Bahan Pepejal
(Combustion Solids)
Kayu, Kertas, Kain dll
Cecair Mudah Terbakar
(Combustible Liquid)
Petrol, Kerosene, Diesel, Methanol, Ethanol dll
Gas Mudah Terbakar
(Combustible Gases)
Hydrogen, Methane, Butane, Carbon Monoxide dll
Bahan Logam
(Combustible Matels)
Kalium (Potassium), Natrium (Sodium), Kalsium Magnesium dll.

TEORI PENGURAIAN (PYROLYSIS) DAN REAKSI KEBAKARAN (CHAIN REACTION)
· Merupakan proses penguraian yang terjadi ketika berlakunyakebakaran biasa.
· Merupakan suatu tindakbalas kimia berantai (Chain Reaction)
· Ianya berlaku seiring dengan kejadian kebakaran dan dikaitkan dengan faktor ke 4 (driving force) dalam teori kebakaran

BAGAIMANA DAN SEBAB BERLAKUNYA KEBAKARAN

Factor utama yang menyumbang kepada berlakunya kebakaran adalah seperti berikut:-

· Faktor Semulajadi
Akibat bencana atau faktor semulajadi

· Faktor Kemalangan
Akibat kelalaian, kecuaian atau kesilapan manusia sendiri

· Faktor Sengaja Dibakar
Akiabat perbuatan manusia sendiri sama ada secara sengaja atau khianat
CARA-CARA KEMEREBAKAN API

1. Pengaliran (Conduction)
Terutamanya logam yang menyebab sesuatu sampai ke tahap suhu nyalaan.

2. Olahan Haba (Convection)
Pemindahan udar panas serta lain-lain produk kebakaran dari satu tempat ke tempat yang lain.

3. Bahangan (Radiation)
Pemindahan haba melalui gelombang elektromagnetik dari tempat kebakaran ke persekitaran sekeliling.

BAGAIMANA API MEMBUNUH

1. Akibat keracunan minda (Delirium) membawa kepada kesan “Claustrophobic” kepada mangsa

2. Akibat asap tebal dari kebakaran yang akan mengganggu sisitem pernafasan dan berlakunya “Asphysia”

3. Akibat bahangan haba panas kritikal apai yang marak

4. Factor masa yang kemerebakan api semasa berlakunya kebakaran. Segala tidakan perlu dibuat dengan pantas kerana “Smoke Kills In Seconds, Fire Spreads In Minute”

UNDANG-UNDANG UNIVERSAL BAGI MENGELAKAN KEJADIAN KEBAKARAN

1. Pengawalan/penghapusan punca nyalaan dan bahan –bahan yang mudah terbakar

2. Penggunaan secara minima bahan yang mudah terbakar

3. Penggunaan dan pemilihan bahan yang mempunyai tahap kebakara (fire load) yang rendah
KAEDAH PEMADAMAN KEBAKARAN

Terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan untuk memadam sesuatu kebakaran, antaranya seperti berikut:-

1. Kaedah Melaparkan (Starvation)

2. Kaedah Melemaskan (Smothering)

3. Kaedah Menyejukkan (Cooling)

KAEDAH MELAPARKAN (STARVATION)

1. Memisahkan bahan api

2. Menutup injab bekalan

3. Menyekat bekalan bahan bakar

KAEDAH MELEMASKAN (SMOTHERING)

1. Menyekat oksigen

2. Gunakan foam

3. Gunakan Karbon Dioxida


KAEDAH MENYEJUKKAN (COOLING)

1. Menurunkan haba

2. Air menyerap haba dan menyejukkan bahan api

ALAT PEMADAM API

ALAT PEMADAM API (FIRE EXTINGUISHER)

Asas Pengenalan

· Adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter)

· Dikendalikan secara manual

· Mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api

KELAS-KELAS API DAN MEDIA PEMADAMANNYA

KELAS API
BAHAN
MEDIA PEMADAMAN
KELAS “A”
(Api pepejal)
solid fire
- Api kayu
- Api kertas
- Api Sampah
- Api kain
Air & Debu kering
KELAS “B”
(Api Cecair)
Liquid Fire
- Api Minyak
- Api Cat
- Api Varnish
Buih, Debu kering dan Varpourising liquid

KELAS “C”
(Api Wap dan Gas)
gas &Stim Fire
- Butana
- Propane
- Oxy acetalane
- Gas (LPG)
Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid
KELAS “D”
(Api Logam)
Matel Fire
- Potaosium
- Sodium
- Kalsium
- Magnesium
Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder
Api Elektrik
Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelaas-kelas api dan boleh dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai.
Debu Kering, Karbon Dioksida &Varpourising liquid

ALAT PEMADAM API JENIS AIR
Kandungan
Air Biasa – 9 Liter
Jarak Pancutan
20’ – 25’
Jangkamasa Pancutan
60 – 120 Saat





KEBAIKAN
KEBURUKAN
- Mudah dikendalikan
- Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal
- Cecair yang digunakan tidak merbahaya
- Hanya sekali digunakan
- Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
- Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar

ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING
(DRY POWDER)

Kandungan
- Sodium bikarbonat 97%
- Magnesium stearote 11/2%
- Magnesium karbonat 1%
- Trikalsium karbonat ½%
Jarak Pancutan
15’ – 20’
Jangkamasa Pancutan
2 Minit

KEBAIKAN
KEBURUKAN
- Mudah dan senang dikendalikan
- Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
- Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF
- Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
- Hanya boleh sekli sahaja.
- Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dll
- Tidak boleh memadam api logam
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
Perhatian

Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya

Pemeriksaan

1. Hendaklah diperiksa setiap bulan

2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis
ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)

Kandungan
- dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
- Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya.
Jarak pancutan
8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450
Jangkamasa pancutan
8 hingga ke 30 saat

KEBAIKAN
KEBURUKAN
- Mudah dikendalikan
- Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
- Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
- Gasnya tidak mengalirkan elektrik
- Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
- Hanya sekali digunakan
- Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja.
- Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan daripada 10%
- Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
- Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar
ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)

Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan (menyejukkan).

Kandungan
- Terdapat 2 tabung
- Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
- Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)
Jarak Pancutan
Lebih kurang 20’
Jangkamasa Pancutan
30 hingga ke 90 saat.


KEBAIKAN
KEBURUKAN
- Mudah dikendalikan

- Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran

- Tidak terganggu daripada tiupan angin

- Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
- Hanya sekali digunakan
- Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
- Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan
- Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.

CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:-

1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai

2. Ikut arah angin semasa menggunakannya

3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS

KAEDAH/ SISTEM P.A.S.S

P – Pull
Tarik / cabut pin keselamtan

A – Aim
Arahkan nozel ke arah punca api

S – Squeeze
Tekan pemegang “lever”dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar

S – Sweep
Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman

Saturday, February 12, 2005

PENGENALAN KEPADA PERALATAN MENYELAMAT

PENGENALAN KEPADA PERALATAN MENYELAMAT
OLEH CIKGU SHARIFF
Digunakan sebagai Anchor pelbagai guna.
KARABINER
- Terdapat dalam jenis aloi dan besi (Stainless steel)
- Aloi lebih ringan daripada besi
- Jenis besi lebih murah
- Digunakan bersama peralatan-peralatan menyelamat yang lain
- Terdapat dalam bentuk ‘D’ dan ‘O’
PERINGATAN! JANGAN SEKALI-KALI JATUHKAN KARABINER
- Terdapat dalam jenis aloi dan besi (Stainless steel)
- Digunakan sebagai pembreak.
- Sekiranya berlaku perubahan bentuk atau berkarat, perlulah dilupuskan.
  • Digunakan untuk memanjat, menarik atau menegangkan tali.
  • Boleh digunakan untuk satu hala sahaja

RACK BAR RACK

- Sebagai pemberhenti tali
- Lagi banyak lilitan, tali akan lebih sukar bergerak.

PENDING

- Melapik tali
- Supaya tali tidak bergeser di tempat tajam

WEBBING

- Digunakan sebagai anchor
- Boleh juga digunakan sebagai harness
- Pengguna mesti boleh melakukan ikatan ‘Water knot’

PULY/TAKAL

- Memudahkan pergerakan tali
- Terdapat dalam jenis aloi dan besi
- Terdapat dalam bentuk single dan double
- Menarik orang atau taliFly-fox

ANCHOR STRAP

- Memudahkan proses membuat anchor
- Mampu menampung beban sehingga 3 tan
- Boleh digunakan sehingga 5 tahun
- Periksa Buckle, jahitan, warna dan perubahan bentuk

KNOT PASSING PULY

Untuk tali yang bersambung.

RT3(RESCUE TOOL 3)


- Pisau yang digunakan oleh anggota bomba